Sedih bila Nuryn terbaca Artikel ini,
merasakan Nuryn dalam cerita ini, seseorang anak yang sentiasa berkehendak.
Tidak pernah sekali memikirkan orang tuanya berusaha untuk menunaikan setiap
impian yang anak inginkan….Ayah….! Maafkan Teh, Teh janji selagi Teh
kuat Teh akan balas semua jasa Ayah dan Mak selama besarkan Teh….Jom kita
sama-sama hayati cerita ini….Semoga menjadi peringatan untuk kita semua…..
Ada seorang
bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya,
"Pakcik,laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop
yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak
ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop
yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku
biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik
- tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus
lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti
berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang
balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu
perasaan yang lain.
Aku dengan rutinku berkerja setiap
hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia
datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya
yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie
stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada
anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm,
ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya
dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang
lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam
seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah
lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah
tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung
lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar
kan ... Rasanya kalau untuk belajar - yang
nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.".
Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah
bapanya.
"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...".
Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.
Aku geram kepada anaknya - seperti
dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu mintak je. Aku tahu ayahnya tiada
duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati
sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah
dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.
Ya Allah, ampunilah segala dosaku,
dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka
mendidikku pada waktu kecil. Amin...
Bila di fikir, aku masih tak cukup lagi balas apa yang ayah & mak berikan kepada ku....Setakat RM200 @ RM300 sebulan memang tak cukup....In Shaa Allah, Allah sudah berikan jalan untuk ku, membalas Jasa kedua ibu bapa kita....SELAGI mereka ada, Allah tak bagi HINT, sama ada kita @ orang tua yang pergi dulu...
Di kesempatan ini, di kala muda ini, di kala sihat tubuh badan lagi, aku akan usaha untuk membahagiakan mereka.....
Bila di fikir, aku masih tak cukup lagi balas apa yang ayah & mak berikan kepada ku....Setakat RM200 @ RM300 sebulan memang tak cukup....In Shaa Allah, Allah sudah berikan jalan untuk ku, membalas Jasa kedua ibu bapa kita....SELAGI mereka ada, Allah tak bagi HINT, sama ada kita @ orang tua yang pergi dulu...
Di kesempatan ini, di kala muda ini, di kala sihat tubuh badan lagi, aku akan usaha untuk membahagiakan mereka.....
No comments:
Post a Comment