DUIT
Adakah DUIT berkuasa untuk mengubah seseorang?
Apabila kita dengar orang kata " Duit itu adalah segala-galanya" kita akan segera menganggap yang orang itu mata DUITAN, terlalu mementingkan DUIT & Materialistik.
Cuba Bezakan 2 Situasi Ini :
1. Mempunyai banyak Duit atau harta adalah punca kepada segala masalah? Apakah benar dengan mempunyai DUIT atau harta yang banyak kita akan menjadi JAHAT? Rasanya apabila punya banyak DUIT dan harta, kita banyak kesempatan untuk membuat kebaikan seperti menderma atau bersedekah, hidup lebih tenang bersama family, tidak terkejar-kejar dengan masa, boleh bercuti denan family, boleh membayar atau selesaikan hutang yang ada, beli benda yang selama ini kita mahukan dan sebagainya....
Kita perlu tukar pepatah ini - DUIT atau harta ialah kunci kebahagiaan. Nabi Muhammad sendiri ada berkata bahawa KEFAKIRAN membawa kepada KEKUFURAN. Ia bermakna, ketiadaan harta itu sebenarnya mengundang kesusahan dan masalah yang lebih banyak. Keluarga bahagia tanpa pepecahan dan hidup dalam keadaan rukun dan damai
2. Ketiadaan DUIT atau harta adalah punca kepada segala Masalah. Apabila kita ketiadaan DUIT, ia sebenarnya mengundang lebih banyak kejahatan. Peningkatan jenayah yang berlaku sejak akhir-akhir ini adalah kerana mereka ingin mendapatkan DUIT dengan cara mudah dan cepat. mereka merompak bank, melakukan kecurian di kedai emas, memeras ugut, pecah amanah, meragut dijalanan, memecah masuk rumah atau menculik bagi mendapat wang tebusan.
Tujuan mereka ialah mahukan DUIT. Memang mereka melakukannya kerana DUIT, Tetapi puncanya ialah kerana mereka tiada sumber kewangan untuk membeli apa-apa yang mereka hajatkan. mereka tidak dapat membeli bagi memenuhi kepuasan sendiri dan memenuhi kehendak hati. oleh itu, melakukan jenayah adalah satu kerja yang mudah dan senang.
Bila seseorang berkata DUIT itu tidak penting, ia seolah-olah meletakkan satu kenyataan bahawa DUIT itu adalah punca kejahatan. Tetapi tidak sedar bahawa DUIT itu sebenarnya kunci kebahagiaan. DUIT memang bukan segaka-galanya tetapi segala-galanya memerlukan DUIT.
Apa yang perlu adalah kita tukar kenyataan itu. Kalau kita kata "DUIT amat penting bagi saya" memberi makna yang lain kepada sesetengah orang, tukarkan ia kepada " DUIT bukanlah segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan DUIT". Ayat ini lebih menjelaskan tentang kepentingan DUIT, bukannya diri kita yang memetingkan DUIT.
No comments:
Post a Comment