Sunday 19 May 2013

Seoul Korea

SEOUL KOREA

Ya Allah, syukur tak terhingga sebab dapat "Berita Gembira"... Apa tue? Trip Company bagi ke Shanghai akan di batalkan, dan akan di gantikan ke Seoul Korea.....



Adoi rasa tak percaya, sebab Seoul Korea tue adalah negara yang Nuryn nak sangat pergi sebelum nie...Tapi cuma verangan jelakan...yela dengan kerja kilang dan kita kan bukanla dari golongan yang bergaji besar, Nuryn tak mampu la, nak pergi...Nak makan pun korek-korek, niekan lagi nak pergi ke sana....Tapi siapa sangka dengan business Premium Beautiful yang tidak sampai setahun jagung Nuryn lalui, Nuryn dapat trip pergi ke Seoul Korea pada September nie dengan percuma!!!!!....
Lepas raya, kita pergi bercuti....Wehoo!!!!


Lebih seronoknya, Nuryn pergi ke Seoul Korea nanti bersama business partner Nuryn tau...tak sabar nak posing macam nie nanti, bersama kak fazi, seka, nana & business partner yang lain....Credit photo dari CDM Nurfaziha....
South Korea adalah first trip Nuryn, pergi bersama rakan kongsi yang sama-sama dalam business nie....
Adoi belum pergi, dah rasa excitednya...bestnya...tak dapat digambarkan...Dan lebih seronok trip nie semua pembiayaan di support sepenuhnya oleh company....Ticket pergi balik, Hotel, makan dan semuanya FREE...Adoiyai, sebelum nie nak pergi dalam Malaysia pon berkira....Yela nak tunggu Air Asia buka promosion ticket baru merasa....tapi tuepon kena kuar duit pocket sendiri...
Pergi Happy, balik terkebil-kebil, duit dah habis p shoppingkan....Tapi dengan Business Premium Beautiful semuanya FREE ok :)

Sekarang nie, Nuryn tengah lagi gigih cari maklumat tentang Korea ni..bukak web ini,bukak web itu,klik sana,klik sini dan akhirnya Nuryn jumpa maklumat yang di cari-cari..maklumat yang Nuryn cari adalah persediaan untuk ke KOREA!!!!

almaklum sebelum nak pergi ke sesebuah negara atau negeri tu ofkos ler kita buat research dulu kan supaya kita boleh ambil langkah berjaga-jaga semasa berada di tempat orang..


ok,semua tahu negara Korea ni ada 4 musim kan iaitu:-
MUSIM PANAS-SUMMER 
bulan Jun,Julai,Ogos 
cuaca musim ni panas,lebih kurang macam dekat Malaysia
waktu ni ramai rakyat korea akan ke pantai
kadang-kadang hujan turun dengan lebat pada musim ni
average temperature 35'c..
(panaskan,confem berpeluh ketiak..hihi)
kalau pergi masa musim panas ni,sila bawak cermin mata hitam,minum banyak air dan jangan lupa payung burger hahaha




MUSIM LURUH-AUTUMN 
 bulan September,Oktober,November

masa yang sangat sesuai nak lawat Korea
boleh tengok daun-daun bertukar warna dan berguguran di bumi
(rata-rata yang dah ke Korea cakap musim luruh ni sangat indah permandangannya)
average temperature 20'c (agak sejukkan..)
kalau pergi musim ni,sila pakai footware yang sesuai sebab akan banyak berjalan untuk menikmati pemandangan yang indah di Korea 
Boleh bergambar la kita....Nuryn suka :)
MUSIM SEJUK-WINTER 
bulan Disember,Januari,Februari
siapa nak main salji boleh pilih musim sejuk ni
average temperature -10'c
uiiii,sejuk tu..freezing
jangan lupa bawak baju sejuk tebal-tebal yer

MUSIM BUNGA-SPRING  
bulan Mac,April,Mei 
siapa nak tengok bunga sakura boleh datang masa musim ni
dengan langit yang membiru,mesti best jalan2
average temperature 10'c..still sejuk kan
jadi jangan lupa bawak jaket tebal 
So, bila Nuryn servey bulan September, adalah musim luruh....Aduh best ye....uwa....semakin Excited tahap gaban!!!! Boleh tengok daun-daun & bunga-bunga berguguran...wah tiba-tiba mood cete korea menjelma, walaupon last layan cete korea last masa Winter Sonata dulu...hahaha...dah berzaman ku tinggalkan, zaman itu...hehehe...apapon aku tak sabar nak tunggu bulan september nanti....wehoo!!!! 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...