Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

Friday, 2 August 2013

Happy Birthday 30th

Birthday 30th.....

Alamak dah masuk 3 series lar....so jangan nak berangan yang ko tue muda lagi ye Puan Nuryn...Apapon bersyukur ke hadrat illahi di beri peluang sihat hingga ke saat ini....

30 July 1983 - 30 July 2013...masih lagi mempunyai seorang SUAMI dan juga masih lagi mempunyai 2 orang anak LELAKI yang cukup comel...buat masa nie tiada lagi untuk buat penambahan anak lagi ye hehe...


Tahun cukup Nuryn happy sangat, sebab orang yang Nuryn sayang wat pelbagai suprise untuk Nuryn..Siapa yang tak suka suprisekan....Termasuklah my husband...Sayang kamu ketat-ketat 


Sejujurnya dia bukanlah seorang yang romantik sebelum ini...dia juga bukan jenis yang garang...tapi dia seorang yang penyayang & penyabar...Selama 5 tahun dia yang paling banyak sabar berbanding Nuryn yang kepala batu nie...hehehe...Apapon thanks sayang coz sabar dengan Pn Nuryn nie...

Seperti biasa Nuryn tak pernah request apa-apapon present untuk birthday...Sebab nasib-nasib je kalau dia ada...bagi Nuryn wish tue dah cukup bermakna untuk nuryn...Tapi tahun nie masa birthday Nuryn dia dah kena naik keje, sedih la jugakkan..Tapi nak buat macam mana dah keje..lagipun Nuryn dah biasa dah kena tinggal bersama anak-anak...Bak kata pepatah "sayang bini tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan...." yang penting kita pandai jaga diri...

Sebelum dia pergi kerja, dia sempat buat surprise untuk Nuryn...Wah terharunya rasa...Thanks sayang...

Sebelum date birthday Nuryn sampai my sister pun buat surprise party...After iftar di Legoland diorang nyanyi lagu birthday...Adoi nak nagis rasa...Selalu buat orang..bila kena kat diri sendiri, barulah rasa macam mana?! nak nagis, nak ketawa, nak jerit pon ada..Thanks Kak Rena & Kak Edd...Sayang kamu forever









Terima kasih juga pada yang wish birthday, friends dari facebook, instagram & family....

sayang kamu semua


Sunday, 30 June 2013

Weekend bersama anak-anak

Harinie bawa anak-anak & anak saudara p jalan-jalan naik komuter.. Mommy kita nak naik train eh... Syahmie Soal...ye yunk..

Seawal 7 pagi dah siap-siap dia sibuk nak mandi & bersiap.. Siap je Terus ke stesen keretapi serendah.. Terus ke stesen rawang.. 

Sampai je rawang, kami bertukar keretapi.. Untuk ke kl sentral.. Seronok dapat belajar benda baru yang boleh Di kongsi Dengan anak-anak...




    




Wednesday, 20 February 2013

Anak!

Sedih bila Nuryn terbaca Artikel ini, merasakan Nuryn dalam cerita ini, seseorang anak yang sentiasa berkehendak. Tidak pernah sekali memikirkan orang tuanya berusaha untuk menunaikan setiap impian yang anak inginkan….Ayah….! Maafkan Teh, Teh janji selagi Teh kuat Teh akan balas semua jasa Ayah dan Mak selama besarkan Teh….Jom kita sama-sama hayati cerita ini….Semoga menjadi peringatan untuk kita semua…..

 
Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik,laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan ... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". 

Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.
Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu mintak je. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.
Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...

Bila di fikir, aku masih tak cukup lagi balas apa yang ayah & mak berikan kepada ku....Setakat RM200 @ RM300 sebulan memang tak cukup....In Shaa Allah, Allah sudah berikan jalan untuk ku, membalas Jasa kedua ibu bapa kita....SELAGI mereka ada, Allah tak bagi HINT, sama ada kita @ orang tua yang pergi dulu...

Di kesempatan ini, di kala muda ini, di kala sihat tubuh badan lagi, aku akan usaha untuk membahagiakan mereka.....

Monday, 14 January 2013

PutriNuryn

PutriNuryn = Noreen Azuana 

Hai all, hari ni nuryn ada free sikit....mana tak ye, cuti kan... Tapi sekarang tak sama macam dulu, setiap masa nuryn akan nuyien isi dengan perkara-perkara yang berguna. Sejak nuryn berada dalam "Dunia Bisnes" ni, nuryn baru nampak apa yang ada dekat luar. Bertukar-tukar fikiran, dengan orang yang lebih "Education" dari nuryn. Sebab nuryn akui nuryn bukan dari orang yang pandai-pandai.....
Nuryn lepas je spm nuryn terus sambung belajar ke Kolej swasta, dalam bidang IT business....Di Cosmopoint Johor Bahru. Lepas je habis belajar terus kerja. Yela tak sabar nak pegang duit sendiri. Gaji pertama bekerja di 1Stop Do Centre Johor Bahru. Gaji masa tu baru RM 800. Adoi besar sangat la masa tue....Tapi nuryn kerja situ tidak lama, terus cari kerja tempat lain sebagai Technician. Lama jugak nuryn kerja sebagai technician tu. Hampir 3 tahun. Bertahan sebab gaji dah naik "angka 4" itu pun lepas OT setengah mati....

Tolak sewa rumah, bil elektrik, bil air, belanja rumah, dan saving, ada la balance RM100....Saving pun alahai RM100, atau RM50 je sebulan....nak bagi mak pon celop-celop...mak dah faham sangat..yela gaji kita tak beso mana, tapi jauh di sudut hati ni nak jugak kan bagi mak ayah kita senang, nak bagi duit setiap bulan, sebab teringat masa belajar dulu. Ayah ngan mak tak pernah kata tiada duit bila kita perlukan duit....
Pastu mak ayah suruh nuryn balik dan tinggal dengan dia orang. Sebab dia orang pon nampak, nuryn keje tapi apa pon tarak! hehehe....pastu nuryn terus je cari kerja dekat sini. Nuryn kerja bermula dari tahun
2005 - 2012. Tahun nie genapla 7 tahunnuryn kat VS Electronics nie. Lamakan 7 tahun....tapi takde apapon yang nuryn dapat banggakan dengan hasil kerja 7 tahun tu. Hanya Mr.Wira merah nuyien tue jela aset yang nuryn ada, sepanjang 7 tahun bekerja.


2008, nuryn selamat mendirikan rumah tangga bersama orang yang nuryn sayang. Ahmad Azmeer, 4 Tahun kami berkawan. tapi boleh di kira, berapa kali kita berdua berjumpa, sebab dia kerja bukan di darat, tapi di laut. Off shore...Tapi nuyien tak kisah, nuryn dah biasa hidup berdikari dan sendiri. nuryn lebih senang bila sesuatu kerja tu nuryn sendiri yang lakukan.


              
 Hasil perkahwinan kami, kami dikurniakan dua hero yang amat comel.
Ahmad Syahmi naqiuddin & Ahmad Muqri Rusyaidi.
Fuhh...memang betul-betul cabaran untukku, untuk handle 2 orang hero yang tengah aktif. Akulah ibu, dan akulah ayah.....Bila dah ada anak baru la tau, apa itu pentingnya "kewangan"

Ni anak nuryn yang 1st Ahmad Syahmi Naqiuddin

" 
Dan ni anak nuryn yang second Ahmad Muqri Rusyaidi

"



apa no.3....tunggu...........hahahha, confirm girl baru nuryn pregnant lagi :)

Bila di fikir, memang benar suamiku bergaji besar, alhamdulillah...tapi aku tak pernah rasakan yang duit dia, adalah milik ku jua. apapun, aku perlu sediakan untuk diri ku sendiri. 7 tahun aku bekerja, dikelilingku dengan orang yang sama setiap hari, suasana yang sama setiap hari, gaduh ketawa dengan orang yag sama....so dah cukup bagi ku untuk ku hadap semua itu.

Bila gaji je, mesti berkerut dahi. Mana tak ye, tak cukup untuk diri sendiri. Lagikan nak bagi kat anak-anak memang takde la....Kerja 8.00 pagi- 5.00 petang. Isnin hingga sabtu. Cukup bulan bayar hutang.. Memang suami bagi, tapi tak sama nikmat dengan duit sendiri. Gaji aku tolak kat Mr.Wira merah aku tue je dah minus.Aku perempaun tipu la tak nak pakai baju cantik, kasut, bag tangan, dan macam-macam. Tapi aku tak boleh. semua tue hanya impian je....

Ok kita continue next episode k, setelah nuyien masuk ke alam "Bisnes" :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...