PutriNuryn = Noreen Azuana
Hai all, hari ni nuryn ada free sikit....mana tak ye, cuti kan...
Tapi sekarang tak sama macam dulu, setiap masa nuryn akan nuyien isi
dengan perkara-perkara yang berguna. Sejak nuryn berada dalam "Dunia
Bisnes" ni, nuryn baru nampak apa yang ada dekat luar. Bertukar-tukar
fikiran, dengan orang yang lebih "Education" dari nuryn. Sebab nuryn
akui nuryn bukan dari orang yang pandai-pandai.....
Nuryn lepas
je spm nuryn terus sambung belajar ke Kolej swasta, dalam bidang IT
business....Di Cosmopoint Johor Bahru. Lepas je habis belajar terus
kerja. Yela tak sabar nak pegang duit sendiri. Gaji pertama bekerja di
1Stop Do Centre Johor Bahru. Gaji masa tu baru RM 800. Adoi besar sangat
la masa tue....Tapi nuryn kerja situ tidak lama, terus cari kerja
tempat lain sebagai Technician. Lama jugak nuryn kerja sebagai
technician tu. Hampir 3 tahun. Bertahan sebab gaji dah naik "angka 4"
itu pun lepas OT setengah mati....
Tolak sewa rumah, bil elektrik,
bil air, belanja rumah, dan saving, ada la balance RM100....Saving pun
alahai RM100, atau RM50 je sebulan....nak bagi mak pon celop-celop...mak
dah faham sangat..yela gaji kita tak beso mana, tapi jauh di sudut hati
ni nak jugak kan bagi mak ayah kita senang, nak bagi duit setiap bulan,
sebab teringat masa belajar dulu. Ayah ngan mak tak pernah kata tiada
duit bila kita perlukan duit....
Pastu mak ayah suruh nuryn balik
dan tinggal dengan dia orang. Sebab dia orang pon nampak, nuryn keje
tapi apa pon tarak! hehehe....pastu nuryn terus je cari kerja dekat
sini. Nuryn kerja bermula dari tahun
2005 - 2012. Tahun nie genapla 7 tahunnuryn kat VS Electronics nie. Lamakan 7 tahun....tapi takde apapon yang nuryn dapat banggakan dengan hasil kerja 7 tahun tu. Hanya Mr.Wira merah nuyien tue jela aset yang nuryn ada, sepanjang 7 tahun bekerja.
2005 - 2012. Tahun nie genapla 7 tahunnuryn kat VS Electronics nie. Lamakan 7 tahun....tapi takde apapon yang nuryn dapat banggakan dengan hasil kerja 7 tahun tu. Hanya Mr.Wira merah nuyien tue jela aset yang nuryn ada, sepanjang 7 tahun bekerja.
2008, nuryn selamat mendirikan rumah tangga bersama orang yang nuryn
sayang. Ahmad Azmeer, 4 Tahun kami berkawan. tapi boleh di kira, berapa
kali kita berdua berjumpa, sebab dia kerja bukan di darat, tapi di laut.
Off shore...Tapi nuyien tak kisah, nuryn dah biasa hidup berdikari dan
sendiri. nuryn lebih senang bila sesuatu kerja tu nuryn sendiri yang
lakukan.
Hasil perkahwinan kami, kami dikurniakan dua hero yang amat comel.
Ahmad Syahmi naqiuddin & Ahmad Muqri Rusyaidi.
Fuhh...memang betul-betul cabaran untukku, untuk handle 2 orang hero yang tengah aktif. Akulah ibu, dan akulah ayah.....Bila dah ada anak baru la tau, apa itu pentingnya "kewangan"
Fuhh...memang betul-betul cabaran untukku, untuk handle 2 orang hero yang tengah aktif. Akulah ibu, dan akulah ayah.....Bila dah ada anak baru la tau, apa itu pentingnya "kewangan"
Ni anak nuryn yang 1st Ahmad Syahmi Naqiuddin
Dan ni anak nuryn yang second Ahmad Muqri Rusyaidi
Bila
di fikir, memang benar suamiku bergaji besar, alhamdulillah...tapi aku
tak pernah rasakan yang duit dia, adalah milik ku jua. apapun, aku perlu
sediakan untuk diri ku sendiri. 7 tahun aku bekerja, dikelilingku
dengan orang yang sama setiap hari, suasana yang sama setiap hari, gaduh
ketawa dengan orang yag sama....so dah cukup bagi ku untuk ku hadap
semua itu.
Bila gaji je, mesti berkerut dahi. Mana tak ye, tak
cukup untuk diri sendiri. Lagikan nak bagi kat anak-anak memang takde
la....Kerja 8.00 pagi- 5.00 petang. Isnin hingga sabtu. Cukup bulan
bayar hutang.. Memang suami bagi, tapi tak sama nikmat dengan duit
sendiri. Gaji aku tolak kat Mr.Wira merah aku tue je dah minus.Aku
perempaun tipu la tak nak pakai baju cantik, kasut, bag tangan, dan
macam-macam. Tapi aku tak boleh. semua tue hanya impian je....
Ok kita continue next episode k, setelah nuyien masuk ke alam "Bisnes" :)
No comments:
Post a Comment